UNDANG-UNDANG SYARIAH: TERIKAT KEPADA TEKS ASAL ATAU ADA TAFSIRANNYA?
- mohdshabran
- Apr 15, 2021
- 2 min read
Enakmen undang-undang keluarga islam Sabah merupakan satu rujukan utama dalam Mahkamah Syariah di negeri Sabah. Oleh itu, dalam tulisan kali ni banyak contoh diambil dari teks undang-undang enakmen tersebut. Ramai yang keliru dengan nasihat guaman dari kalangan peguam sebab mereka berbeza pendapat dalam satu kes. Soalnya disini ialah adakah enakmen-enakmen syariah yang ada terikat dengan teks asal atau ada tafsiran tesirat di sebalik teks tersebut?
Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah tafsiran undang-undang syariah itu terikat dengan hukum syarak. Ada kaedah-kaedah syarak yang digunakan untuk mentafsir teks undang-undang tersebut.Seksyennya ada dalam enakmen keterangan dan tatacaramal iaitu Seksyen 130 dan 245 yang mana secara ringkasnya memperuntukkan mana-mana keterangan dan teknikal mahkamah yang bertentangan dengan hukum syarak hendaklah mendahulukan hukum syarak dan apa-apa saja yang tidak dijelaskan dengan nyata hendaklah mengikut hukum syarak.
Enakmen Keterangan adalah tatacara pembuktian, hujahan, dan keterangan saksi. Intipati ketiga-tiga yang disebutkan tadi adalah berdasarkan Enakmen Keterangan. Manakala, dari segi prosedur mahkamah(teknikal) pula merujuk kepada enakamen tatacatamal.Boleh dikatakan juga teks enakmen keluarga islam itu dihuraikan berdasarkan enakmen keterangan. Oleh sebab itu sebagai Peguam Syarie penulis menegaskan bahawa harus menguasai tiga enakmen ini khususnya di Sabah.
Sebagai contoh, seksyen 82 dan 83 enakmen undang2 keluarga islam meletakkan siapa yang berhak untuk mendapatkan hak penjagaan anak dan ciri-ciri kelayakan sebagai penjaga. Bila membaca enakmen ini ramai yang beranggapan bahawa bila ianya dipenuhi dia la yang berhak mendapatkan hak penjagaan tanpa mengkaji terlebih dahulu kaedah yang ditetapkan syarak. Syed Sabbiq dalam kitabnya Fiqh sunnah menerangkan bahawa ada satu kaedah dalam bab Hadhanah (penjagaan anak) iaitu: hak yang dijaga lebih berhak dari hak yang menjaga.Ianya bermaksud kebajikan anak-anak lebih penting dari kelayakan si penjaga.
Begitu juga seksyen 53 enakmen undang-undang keluarga islam 1 (b) iaitu siapa yang gagal membayar nafkah selama tiga bulan maka isteri berhak difasakh. Dari segi kebiasaan si pendakwa perlu membuktikan dakwaannya tetapi ada tafsiran di mana letakknya beban pembuktian.berdasarkan kaedah fiqh: asal sesuatu tiada. Maka defendan perlu membuktikan bahawa dia ada memberi nafkah.
Recent Posts
See AllFasakh ialah pembubaran perkahwinan oleh hakim untuk menghilangkan mudharat seorang isteri yang dilakukan oleh suaminya. Ada banyak sebab...
AL-Quran, Hadis dan Ijmak telah mensyariatkan POLIGAMI, sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Nisa' ayat 3 yang berbunyi: Yang...
Comments